Zaman kanak-kanak Inspektor Shiratori

Semasa zaman kanak-kanaknya, Shiratori bercita-cita menjadi seorang peguam. Beliau begitu tekun belajar dan menghafal beberapa undang-undang dengan sepenuh hati. Namun satu peristiwa di sebuah kedai buku telah mengubah fikirannya lantas menyertai pasukan polis setelah dewasa.

Dalam kejadian tersebut, dia melihat seorang budak perempuan sedang memarahi dua orang lelaki yang cuba mencuri komik manga dari kedai buku itu. Apabila kedua-dua pencuri itu menolak budak perempuan tersebut kerana cuba menghalang mereka, dan seolah-olah hendak mencederakannya, Shiratori telah melangkah ke hadapan lantas membaca peruntukan yang dibuat dalam Undang-undang Jepun untuk menghukum pencuri. Situasi ini membuat pencuri-pencuri itu terkesima lantas menarik perhatian pemilik kedai dan pelanggan yang lain, menyebabkan mereka tergesa-gesa memulangkan komik tersebut dan lari.

Sebagai tanda terima kasih kepada Shiratori kerana membantunya, budak perempuan tadi membelikannya minuman dan membuat corak kelopak sakura dari straw minuman sambil berkata sakura adalah simbol keberanian untuk polis Jepun (kerana bentuk berbeza lencana polis Jepun), dan Shiratori telah bertindak berani seperti polis. Bertitik-tolak dari kejadian inilah Shiratori memutuskan untuk menjadi polis dan bukan lagi peguam, dan dia juga menganggap budak perempuan itu sebagai cinta zaman kanak-kanaknya.